PUSAT URUS ZAKAT
   
 
  Pengenalan

PENGERTIAN ZAKAT

 

Dari sudut bahasa :

Kebersihan, kesucian dan memperbaiki Kesuburan dan pertambahan

Dari sudut syarak :

Zakat membawa maksud mengeluarkan sebahagian dari harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Jenis-jenis Zakat

·  Zakat Harta

·  Pendapatan

·  Simpanan

·  Emas/Perak

·  KWSP

·  Perniagaan

·  Tanaman/Ternakan

·  Saham

·  Qadha

Zakat Badan

·  Fitrah

SYARAT-SYARAT WAJIB BERZAKAT

1. Orang-orang Islam
Yang memiliki harta/wang simpanan, wang emas atau perak, saham, ahli perniagaan, menternak binatang, bertani (padi) dan bekerja sama ada di jabatan kerajaan atau swasta yang memperolehi gaji bulanan.

2. Sempurna Milik
Pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dan bebas untuk menggunakannya)

3. Merdeka
Orang Islam juga mestilah merdeka sepenuhnya

4. Cukup Nisab
Harta itu mestilah cukup nisab iaitu bersamaan 85 g emas atau lebih kurang RM 4,000 (mengikut harga emas semasa)

5. Cukup Haul
Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun Hijrah (354 hari)

6. Niat Untuk Berniaga
orang yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan mempunyai niat untuk berniaga iaitu mendapatkan keuntungan (Zakat Perniagaan)

 HUKUM ZAKAT

 

Zakat adalah kewajipan dari Allah atas setiap Muslim yang memiliki harta senisab dengan syarat-syarat tertentu. Allah mewajibkan zakat antara lain dengan FirmanNya:

"Ambillah sedekah dari sebagian harta mereka, dengan sedekah itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka..." (At-Taubah:103)

Dan Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu...(al-Baqarah:267)

Kemudian Firman Allah:

"...dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat..."(al-Muzammil:20)

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa bulan Ramadhan." (Muttafaq 'alaih).

 

1.    ZAKAT PENDAPATAN/GAJI

 

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

Pengertian gaji :
Iaitu pendapatan penggajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Pendapatan penggajian merangkumi gaji tahunan, tunggakan gaji, pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat), dan lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian)

Pendapatan bebas :
Iaitu pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Pendapatan bebas ini merangkumi khidmat guaman, khidmat nasihat, juru perunding, rawatan perubatan, kejuruteraan, seniman dan lain-lain.

Terdapat 4 garis panduan mengira zakat pendapatan:-

Kaedah 1

2.5% ke atas jumlah pendapatan yang layak dizakat iaitu jumlah yang bersamaan atau lebih daripada nisab.

Cth cara kiraan :
Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas) setahun.

Si A berkahwin dan mempunyai 1 orang anak.
Gaji si A RM 2,500.00 sebulan X 12 bulan=RM 30,000.00 setahun.
Ditolak keperluan hidup :
- Diri (Setahun) RM 8,000.00
- Isteri (Setahun) RM 3,000.00
- Anak (Setiap seorang) RM 1,000.00
Jumlah gaji setahun(RM30,000.00) - keperluan hidup(RM12,000.00)
= Jumlah pendapatan yang layak dizakat(RM 18,000.00) setahun.

Kadar zakat yang dikenakan ialah :
RM 18,000.00 X 2.5% = RM 450.00 setahun
RM 450.00 setahun dibahagikan kepada 12 bulan=RM 37.50 sebulan

ATAU;

Kaedah 2

2.5% ke atas jumlah pendapatan kasar setahun.
Contoh :
Jika jumlah pendapatan kasar dari semua sumber setahun ialah RM30,000 maka zakat ialah :
RM30,000 x 2.5% = RM750.00 setahun.
RM 750.00 setahun dibahagikan kepada 12 bulan = RM 62.50 sebulan

ATAU;

Kaedah 3

Gaji 12 bulan, satu bulan diperuntukkan untuk zakat ATAU;

Kaedah 4

Jika pendapatan bulanan bersamaan atau melebihi nisab maka terus dizakat 2.5%.

NOTA:

·  Perbelanjaan yang dibenarkan ialah :
i- Diri sendiri
ii- Isteri
iii-Anak-anak

Tolakan yang dibenarkan ialah kadar hakiki bagi setiap seorang anak. Kadar tolakan ini adalah sama bagi tiap-tiap orang anak yang masih di bawah tanggungan dan bilangan anak-anak yang boleh diberi tolakan adalah tidak terhad.
iv-Ibubapa
Walaupun seseorang itu telah berkeluarga tetapi beliau masih mempunyai tanggungjawab ke atas kedua ibubapanya. Oleh itu, setiap wang ringgit yang dibelanjakan untuk kedua ibubapanya terlepas daripada dizakatkan. Jumlah tolakan untuk ibubapa tidak dihadkan.
v-Lain-lain
Tanggungjawab lain ini termasuklah sesiapa yang di bawah tanggungan selain daripada tanggungan yang disebut di atas seperti adik-beradik, dan anak yang di bawah jagaan isteri(yang telah berpisah), jiran, anak angkat, orang gaji, orang yang menumpang, orang musafir dan sebagainya.

·  Institusi yang membayar zakat:
Zakat tidak dikenakan lebih daripada sekali atas satu-satu harta. Oleh itu, jika sebahagian daripada gaji tadi disimpan dalam institusi tersebut seperti Lembaga Tabung Haji, jumlah caruman yang dibuat dalam tahun ini hendaklah ditolak.

·  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Walaupun seseorang itu menerima gajinya tetapi 11% daripadanya ditolak untuk dicarum ke dalam KWSP. Wang ini tidak lagi menjadi milik si penerima gaji tersebut kecuali setelah dia mengeluarkan wang carumannya kelak. Wang yang dicarum ini ditolak kerana belum sempurna milik. Jadi, ditolak segala penolakan yang dibenarkan dari pendapatan diri pelbagai sumber. Jumlah yang tinggal ini merupakan "pendapatan bersih". Bandingkan pendapatan bersih ini dengan nisab akhir haul. Sekiranya ia sama atau lebih maka seseorang itu wajib mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada gaji bersihnya.

Pendapatan daripada sumber yang haram
Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang dari sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan dari sumber haram tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

 

2.  ZAKAT WANG SIMPANAN

 

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

Kaedah kiraan zakat wang simpanan

·  Simpanan Tetap
Bagi pengiraan zakat simpanan ini, hendaklah dipastikan wang simpanan itu telah melebihi nisab bagi tahun berkenaan dan simpanan tersebut hendaklah mencukupi setahun Qamariah(354 hari). Maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

·  Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah dan berakhir haul bagi simpanan tersebut.

·  Simpanan dalam satu akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

·  Simpanan dalam beberapa akaun
Jika simpanan dalam salah satu akaun sudah mencukupi atau melebihi nisab (nilai 85 gram emas), maka simpanan di dalam buku-buku lain, walaupun kurang dari nisab, wajib dikenakan zakat.

<B.CONTOH:< b>

Katakan simpanan :

Lembaga Tabung Haji (LTH) - RM5,000
BSN - RM1,000
BIMB - RM 500

·  Oleh kerana simpanan di LTH telah melebihi nisab, simpanan lain secara langsung wajib dikeluarkan zakat iaitu :
2.5 % x RM1500.00 = RM37.50 (Pihak LTH telah membayar zakat di atas simpanan di LTH).

·  Zakat hanya dibayar setahun sekali. Jika pemilikan kita berterusan, zakat simpanan wajib dkeluarkan untuk tahun berikutnya.

 

3.  ZAKAT KWSP

 

Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau seumpamanya dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul.

Terdapat dua pendekatan dalam pengiraan zakat berkenaan iaitu:

1. Milik Sempurna
Mengikut pandangan ini, wang yang disimpan di dalam KWSP dan seumpamanya dikenakan zakat apabila ia cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majikan). Ini bermakna ia wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP dan seumpamanya. Kadarnya adalah 2.5% apabila caruman melebihi nisab.
Contohnya :
Seseorang yang mengeluarkan sebahagian carumannya sebanyak RM 100,000 x 2.5% = RM 2,500 bayaran bagi tahun tersebut.

2. Milik Tak Sempurna
Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan pada hari wang caruman diterima ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP atau seumpamanya semasa cukup umur. Kadarnya adalah 2.5%
Contoh :
Seseorang yang mempunyai wang carumannya sebanyak RM 10,000 x 2.5% = RM 250.00 (kadar zakat)

* Kadar zakat 2.5% ke atas wang caruman KWSP ketika dikeluarkan sama ada selepas bersara atau dikeluarkan untuk tujuan-tujuan lain sebelum bersara. Dibayar setiap kali pengeluaran dibuat.
Jumlah wang kwsp yang dikeluarkan x 2.5% = Zakat yang perlu dibayar

Cth: RM 10,000.00 x 2.5% = RM250.00

 

4.  ZAKAT PERNIAGAAN

 

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

A. Kewajipan Zakat Harta Perniagaan

Dari Al-Quran:
ALLAH SWT telah mewajibkan Zakat ke atas harta peniagaan melalui Ayat Al-Quran ( yang bermaksud ) :
"Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah ( Zakatkanlah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik..." ( Al-Baqarah : 267 )

Dari Hadis Rasulullah SAW:

Sabda Rasulullah SAW ( yang bermaksud ) :
"...maka sesungguhanya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat bagi harta benda yang kami sediakan untuk dijual." ( Riwayat Abu Daud ).

"Pada unta ada zakatnya, pada lembu ada zakatnya, pada kambing ada zakatnya dan pada pakaian ( Al-Baz ) yang disediakan untuk jualan ada zakatnya". ( Riwayat Al-Hakim ).

·  Dalil tersebut menunjukkan bahawa semua jenis perniagaan orang Islam wajib dikeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.
Terdapat pelbagai jenis pemilikan perniagaan yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pengeluaran dan pengagihan barang-barang dan perkhidmatan.

1. Perniagaan Persendirian (Tunggal)
Bentuk perniagaan ini dimiliki oleh seorang pemilik secara persendirian. Modal diperolehi daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada saudara mara, kawan-kawan atau bank. Sumber kewangan lain ialah sewa beli, pajakan dan kredit perdagangan. Pemilik bertanggungjawab mengawal dan menguruskan perniagaan secara sendiri atau dengan bantuan daripada ahli-ahli keluarga dan pekerja-pekerja yang diupah.

2. Perniagaan secara Perkongsian
Ciri-ciri bentuk perniagaan perkongsian sekurang-kurangnya terdapat dua orang tetapi tidak melebihi 20 orang bergabung untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan mendapat keuntungan. Orang yang menyumbangkan modal kepda perkongsian merupakan pemilik sah perkongsian dan mereka dinamakan ahli dan rakan kongsi. Modal diterima daripada sumbangan rakan kongsi mengikut kadar yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian. Dalam perkongsian, rakan kongsi aktif mengambil bahagian yang aktif dalam mengurus dan mentadbirkan perniagaan.

3. Perniagaan Syarikat
Syarikat adalah entiti yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Ia mempunyai status undang-undang yang mengasingkannya daripada pemilik. Ini bermaksud bahawa sebuah syarikat boleh, antara lain, memasuki sesuatu kontrak atas namanya, boleh menyaman dan disaman atas entitinya. Pemilikan syarikat adala melalui pegangan saham. Syarikat boleh daripada jenis Sendirian Berhad ataupun Awam Berhad. Syarikat Sendirian Berhad menghadkan pemilikan sahamnya kepada bilangan pemilik yang kecil sedangkan Syarikat Awam Bhd.(ataupun disebut Syarikat Berhad) menawarkan sahamnya dimiliki oleh masyarakat awam. Sesebuah syarikat boleh disenaraikan di Bursa Saham setelah memenuhi syarat-syarat yang tertentu. Perniagaan yang besar lazim dijalankan melalui bentuk syarikat.

4. Koperasi
Koperasi merupakan satu bentuk organisasi bercorak perniagaan yang dibentuk oleh sekumpulan orang dengan sukarela berasaskan hak-hak yang sama demi kepentingan bersama bagi mengatasi masalah ekonomi yang mereka hadapi. Terdapat beberapa jenis koperasi iaitu koperasi runcit, koperasi borong, koperasi kredit, koperasi perumahan, bank koperasi dan lain-lain. Modal koperasi terdiri daripada yuran dan unit-unit syer yang dimiliki anggotanya. Ahli-ahli akan dibayar dividen. Koperasi ditadbir oleh satu Lembaga Koperasi yang dilantik oelh anggotanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

B. Syarat-syarat Wajib Zakat Perniagaan

1. Islam
(Dalam perniagaan yang melibatkan perkongsian peniaga Islam dan bukan Islam, zakat ke atas harta perniagaan dikira mengikut nisbah modal milikan peniaga Islam sahaja).

2. Pemilikan Sempurna
(memiliki zat bersama manfaatnya)

3. Niat menjalankan perniagaan
(harta yang diperolehi dengan niat dan bertujuan untuk diperniagakan adalah harta perniagaan yang wajib zakat)

4. Cukup Haul
(iaitu cukup setahun Hijrah dari tarikh dimulakan perniagaan; haul seterusnya tidak berubah dengan penambahan modal atau barang perniagaan)

5. Cukup Nisab pada tarikh akhir haul
(Nisab = Nilai semasa 85 gram emas)

C. Pengiraan Zakat Perniagaan

·  Pengiraan Zakat perniagaan mengikut kaedah Syar'iyyah adalah berdasarkan kedudukan Harta Perniagaan (Modal Kerja) pada tarikh akhir haul (sama ada untung atau rugi).

·  Harta Perniagaan = Aset Semasa tolak Liabiliti Semasa +/- Pelarasan

·  Zakat Perniagaan = Harta Perniagaan x % Modal Islam x 2.5%

 

5.  ZAKAT SAHAM

 

Jika syarikat yang anda miliki sahamnya, membayar zakat perniagaan maka saham tersebut tidak dikenakan zakat. Tanggungjawab menunaikan zakat perniagaan adalah merupakan tanggungjawab pengurusan syarikat. Tetapi jika syarikat tidak menunaikan zakat, maka pemilik saham terpaksalah membayar zakat.

·  Kaedah pengiraan zakat saham

Kadar zakat 2.5% di atas nilai harga saham terendah yang dimiliki selama setahun (iaitu cukup setahun hijrah), setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada). Ini adalah saham yang dibeli bagi tujuan pelaburan.

·  Saham Yang Masih Dimiliki sehingga Hujung Haul

Pengiraan zakat ialah 2.5 % atas harga terendah atas kos dan pasaran
CONTOH: 100 lot (1 lot bersamaan 1000 unit) saham Syarikat Muslim x

RM1.00 (andaian harga terendah) = RM100,000
RM100,000 x 2.5 % = RM2,500 (jumlah zakat)

Jika saham dibeli bagi tujuan spekulasi atau jual beli, maka setiap kali penjualan saham dibuat, zakat dikira pada kadar 2.5% dari jumlah keuntungan penjualan.

·  Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Haul (setahun)

Pengiraannya ialah 2.5 % atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian CONTOH:

jumlah nilai saham - kos belian
RM500,000 - RM400,000 = RM100,000
RM100,000 x 2.5 % = RM2,500

 

6.  ZAKAT PERTANIAN

 

Zakat Pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh orang Islam sama ada dalam bentuk biji-bijian atau buah-buahan dengan syarat-syarat tertentu. Bagi negeri Pulau Pinang, tanaman utama yang menjadi makanan asasi penduduknya ialah padi. Sifat khusus yang membezakan zakat pertanian dengan zakat-zakat yang lain ialah zakat pertanian merupakan zakat atas hasil sahaja, sedangkan zakat-zakat lain merupakan zakat atas hasil dan modal sekali.

Dalil Wajib Zakat Pertanian

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu..." (surah Al-Baqarah : 267)


Zakat Tanaman (Padi)

Syarat wajib bagi zakat pertanian ialah :-
1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna Milik
4. Cukup nisab
5. Tanaman tersebut adalah makanan asasi yang tahan disimpan lama.
6. Tanaman tersebut adalah hasil usaha manusia dan bukannya tumbuh sendiri seperti tumbuh liar, dihanyutkan air dan sebagainya.

Kaedah Pengiraan
Pengiraan zakat pertanian (padi) adalah tertakluk ke atas harga jualan padi, setelah ditolak kos yang dibenarkan. Jika nilai jualan padi pada musim pertama kurang dari nisab, maka hendaklah dicampurkan ke musim kedua di dalam tahun yang sama.

Nisab
363 gantang / 1,300 kilogram / 1.3 tan bersamaan dengan nilai RM 715.00

Kadar zakat
10% ke atas nilai bersih selepas ditolak kos yang dibenarkan seperti kos baja/racun, sewa, upah kerja dan pengangkutan. Penentuan ukuran nisab adalah selepas tolakan kos (sekiranya harga padi selepas ditolak kos operasi kurang dari RM 715.00, maka zakat tidak diwajibkan)

Subsidi
Subsidi padi dikira sebagai harta perolehan (al-mal al-mustafad) oleh itu ianya termasuk di dalam pengiraan zakat dengan kadar 2.5% (atas nilai keseluruhan harga subsidi padi).

Contoh Pengiraan

Seorang petani mendapat hasil jualan sebanyak RM1600.00 semusim, manakala subsidi sebanyak RM700
(RM)

Harga jualan padi 1,600.00

Anggaran tolakan kos
1. Kos baja/racun 250.00
2. Sewa 200.00
3. Upah tenaga kerja/tuaian(mesin) 350.00
4. Pengangkutan (lori) 50.00
Jumlah tolakan 850.00

Baki (RM 1,600.00 - RM 850.00) 750.00

Kadar zakat ke atas tanaman (padi)
RM 750.00 X 10% 75.00

Kadar zakat ke atas harga subsidi
RM 700.00 X 2.5% 17.50

Jumlah perlu bayar zakat
RM 75.00 + RM 17.50 92.50

·  Nota : Jumlah anggaran tolakan di atas tidak ditetapkan kos (Tertakluk kepada cara dan kaedah penggunaan masing-masing)

Contoh Pengiraan (Dua Musim)

·  Musim Pertama 2005 :
Nilai jualan = RM 400 (kurang dari nisab)

·  Musim Kedua 2005
Nilai jualan = RM 450 (kurang dari nisab)

Maka, RM400 + RM450 = RM850 (lebih dari nisab)
Jumlah perlu bayar : RM 850 X 10% = RM 85

 

7.  ZAKAT TERNAKAN

 

Zakat ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

Dalil Zakat Ternakan
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"...pada empat puluh ekor biri-biri, dikenakan (zakat) seekor biri-biri..." (Riwayat Ibnu Majah)


Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah saw telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi' atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)." (Riwayat Ibu Majah)

Binatang ternakan yang wajib dikeluarkan zakat ialah :
1. Lembu (termasuk kerbau)
2. kambing (termasuk biri-biri) dan kibas
3. Unta

Syarat Zakat Ternakan
1. Binatang-binatang ternakan ialah "Saaimah" ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas.
2. Binatang -binatang yang dipelihara bagi tujuan membantu kerja seperti lembu yang dipelihara untuk mengangkat barang-barang atau untuk membajak sawah tidak diwajibkan zakat.
3. Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul.
4. Nisab zakat lembu ialah 30 ekor dan kambing 40 ekor
5. Tidak dikenakan zakat bagi bilangan yang lebih daripada kadar nisab yang pertama tetapi belum sampai kadar yang kedua. Begitulah seterusnya.

Sifir Kiraan Zakat Lembu/Kerbau :

http://www.i-zakatdpuz.com.my/portal/portalimages/newsimg_100030.gif

Panduan:

·  Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

·  Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada peliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

 

8.  ZAKAT EMAS & PERAK

 

·  Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

·  Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Emas
Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-
Firman Allah SWT : Maksudnya
"...Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(Surah at-Taubah : 34)

Terdapat 2 keadaan untuk pembayaran zakat emas.

·  Emas Yang Disimpan
Emas disimpan membawa maksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun . Jika emas itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka diwajibkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5% atas nilai emas sahaja.

Contoh : emas yang disimpan bernilai RM 10,000 (nilai emas semasa) x 2.5% (kadar zakat)= RM250.00 (zakat wajib dibayar)

·  Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak RM 5,000.

Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 10,000, maka zakatnya ialah sebanyak:
RM10,000 X 2.5% = RM 250.


Hanya berat/harga emas dikira untuk pengiraan zakat tanpa mengambil kira batu-batu permata, berlian, delima, zamrud dan lain-lain.

·  Perak
Wajib zakat pada perak lima auqiyah. [satu auqiyah=40 dirham. (5 x 40 = 200 dirham)].
Ijma' ulama' telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

 

  9.  QADHA ZAKAT

 

·  Semua jenis zakat adalah wajib dan jika tidak ditunaikan semasa ianya wajib berzakat, hendaklah ditunaikan sekarang. Inilah yang dinamakan qadha zakat.

 

10.  ZAKAT FITRAH

 

ZAKAT BADAN

·  Pengenalan
Zakat Fitrah merupakan suatu amalan yang dapat menyucikan diri manusia dari sudut peribadatan.

Dalil Zakat Fitrah
Hadis Nabi SAW yang bermaksud :
Rasullullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang syair ke atas tiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan yang terdiri daripada orang Islam. (Riwayat Muslim)

Diberitakan oleh Ibnu Abbas r.a katanya :
Maksudnya : Rasulullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah (pada bulan Ramadhan) untuk menyucikan bagi orang yang berpuasa daripada segala perkataan yang keji dan buruk, (yang dilakukan ketika berpuasa) dan untuk menjadikan makanan bagi orang-orang yang miskin...
(Riwayat Ibnu Majah)

·  Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

·  Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Fitrah
Nilai zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang bagi tahun 1425 Hijrah ialah RM4.70 seorang. Pada kebiasaannya ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam bulan Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Fitrah

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :-

1. Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal - Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal.

·  Walau bagaimanapun dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang hari raya pada satu Syawal bagi mengelakkan kesukaran kepada amil-amil yang mengutip zakat.

·  Berkenaan waktu yang paling afdhal mengeluarkan fitrah, terdapat berbagai pendapat ulama', tetapi yang pastinya ianya dikeluarkan sebelum sembahyang Hari Raya. Sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah seperti berikut yang bermaksud :

...Maka sesiapa mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya maka itulah zakat yang diterima dan sesiapa mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari Raya maka pengeluarannya itu merupakan sedekah sahaja. (Riwayat Ibnu Majah)

 

KEMUDAHAN PEMBAYARAN

 

1. Datang sendiri ke kaunter-kaunter pembayaran zakat PUZ yang berhampiran.
2. Melalui pos (cek/kiriman wang/wang pos/bank draf/arahan tetap melalui bank)
3. Melalui Skim potongan gaji ditempat anda bekerja.
i. Kakitangan Kerajaan (Kod AG 4005)
ii. Kakitangan Swasta (Majikan)
4. Khidmat Internet Banking melalui rangkaian bank yang kami sediakan.
5. Khidmat Kaunter bergerak/kaunter sementara yang dibuka dari semasa ke semasa di sekitar Pulau Pinang.

·  Kami juga bersedia ke tempat tuan/puan untuk tujuan penerangan, pengiraan dan kutipan zakat.

Semua pembayaran hendaklah ditulis atas nama :

PUSAT URUS ZAKAT PULAU PINANG

PERKHIDMATAN LAIN

1. Semua urusan menggunakan sistem berkomputer
2. Maklumat pembayar zakat/penerima bantuan secara online
3. Taksiran zakat anda dibuat secara percuma
4. Zakat Fitrah juga boleh dibayar di PUZ atau amil-amil zakat bertauliah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
5. PUZ bersedia untuk memberi taklimat dan penerangan zakat di tempat anda bekerja pada bila-bila masa.
6. PUZ menyediakan khidmat kaunter bergerak di premis, pejabat, syarikat, jabatan dan majlis-majlis rasmi.
7. PUZ turut mengagihkan sumber zakat kepada golongan asnaf yang berhak
8. Sila hubungi kami untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut. (Tel : 04-537 8088 Faks: 04-530 6466)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari sudut bahasa :

Kebersihan, kesucian dan memperbaiki Kesuburan dan pertambahan

Dari sudut syarak :

Zakat membawa maksud mengeluarkan sebahagian dari harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Jenis-jenis Zakat

·         Zakat Harta

·         Pendapatan

·         Simpanan

·         Emas/Perak

·         KWSP

·         Perniagaan

·         Tanaman/Ternakan

·         Saham

·         Qadha

Zakat Badan

·         Fitrah

 

SYARAT-SYARAT WAJIB BERZAKAT

1. Orang-orang Islam
Yang memiliki harta/wang simpanan, wang emas atau perak, saham, ahli perniagaan, menternak binatang, bertani (padi) dan bekerja sama ada di jabatan kerajaan atau swasta yang memperolehi gaji bulanan.

2. Sempurna Milik
Pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dan bebas untuk menggunakannya)

3. Merdeka
Orang Islam juga mestilah merdeka sepenuhnya

4. Cukup Nisab
Harta itu mestilah cukup nisab iaitu bersamaan 85 g emas atau lebih kurang RM 4,000 (mengikut harga emas semasa)

5. Cukup Haul
Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun Hijrah (354 hari)

6. Niat Untuk Berniaga
orang yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan mempunyai niat untuk berniaga iaitu mendapatkan keuntungan (Zakat Perniagaan)

 

 

 

 

 

 

 

 

Zakat adalah kewajipan dari Allah atas setiap Muslim yang memiliki harta senisab dengan syarat-syarat tertentu. Allah mewajibkan zakat antara lain dengan FirmanNya:

"Ambillah sedekah dari sebagian harta mereka, dengan sedekah itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka..." (At-Taubah:103)

Dan Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu...(al-Baqarah:267)

Kemudian Firman Allah:

"...dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat..."(al-Muzammil:20)

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa bulan Ramadhan." (Muttafaq 'alaih).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HIKMAT DISYARIATKAN ZAKAT DAN KEDUDUKANNYA

 

Di antara hikmat disyariatkan zakat ialah:

 

1.       Dapat beribadah kepada Allah SWT. Mensucikan jiwa manusia dari sifat kikir, bakhil, rakus dan tamak. Seterusnya melahirkan ciri-ciri masyarakat mukmin sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

 

" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Surah at-Taubah, Ayat: 71).

 

2.       Membantu fakir miskin dan meringankan beban mereka yang dalam kesusahan dan kesulitan. Pengurusannya mampu memperbaiki kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah sebatang tubuh.

3.       Membatasi jurang perbezaan kekayaan yang keterlaluan dalam masyarakat Islam.

4.       Zakat merupakan ibadat material dan penyebab untuk mendapat rahmat Allah. Seperti FirmanNya yang bermaksud :

 

 " Dan rahmatKu meliputi tiap- tiap sesuatu, maka Aku akan menentukannya bagi orang - orang yang bertakwa dan yang memberi zakat. (Surah al-A'raaf, Ayat: 156).

 

5.       Ia merupakan syarat untuk mendapatkan bantuan daripada Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

 

" ... Dan sesungguhnya Allah akan tolong sesiapa yg menolong agamaNya (agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat". (Surah al-Hajj, Ayat: 40, 41).

 

6.       Zakat juga merupakan syarat persaudaraan di dalam agama Islam.

7.       Zakat turut digelarkan sebagai salah satu sifat orang yang mengimarahkan rumah Allah (masjid).

8.       Zakat ini jugalah yang dianggap sebagai ciri-ciri mukmin yang berhak mewarisi syurga firdaus sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

 

"Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)". (Surah al-Mu'minuun, Ayat: 4).

Waktu
 
Perutusan Pengurus Besar
 
Assalamualaikum w.b.t ...

Saya mengucapkan selamat datang ke laman web Pusat Urus Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (PUZMAIPP). Laman web ini dibina bagi makluman semua warga siber akan kewujudan PUZ dan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di agensi ini.

Kepada semua pengunjung diharap dapat mengambil manfaat daripada laman ini di samping berinteraksi dan menambah pengetahuan masing-masing mengenai PUZ itu sendiri. Adalah menjadi harapan kami, maklumat-maklumat yang disediakan dapat memberi manfaat kepada para pengunjung dan pencari-pencari maklumat melalui alam siber ini.

Saya berharap kepada semua yang mengunjungi laman web ini agar dapat memberikan pandangan-pandangan positif bagi kami memperbaiki mutu perkhidmatan dari masa ke semasa. Semoga buah fikiran yang diberikan akan menjadi panduan kepada kami dalam menyediakan perkhidmatan yang bermutu kepada rakyat seluruhnya.

Sekian, terima kasih.

(Tuan Haji Dr. Azman Bin Haji Samat)
Pengurus Besar
Pusat Urus Zakat
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
Projek-projek Asnaf Zakat
 
Pusat Hemodialisis Zakat
Atrium PUZ
Kedai 24 Jam - PUZMart
Jaringan Zakat
 
PPZ - W/P'sekutuan www.zakat.com.my

PZNS - N.Sembilan www.zakatns.com.my

PZM - Melaka www.izakat.com

PKZ - Pahang www.zakatpahang.com.my

Zakat Kedah www.zakatkedah.com

Baitulmal Perlis www.perlis.gov.my/maips

Baitulmal Sarawak 219.93.31.186/maxc2020/default.php?indid=2

Lembaga Zakat Selangor www.e-zakat.com.my
Jaringan Majlis / Jabatan Agama
 
JHEAT -Terengganu www.jheat.terengganu.gov.my

JAWI - W/P'sekutuan www.jawi.gov.my

JAIS - Selangor www.jais.net.my

JHEAINS - Sabah www.sabah.gov.my/muis/jheains

JAIP - Pahang jain. islam .gov.my/ pahang

JAIPP - P/Pinang jaipp.penang.gov.my

JAIP - Perak jaip.perak.gov.my/main.html

JAIPs - Perlis www.perlis.gov.my/jaip

JAIS - Sarawak www.jais.sarawak.gov.my

MAIK - Kedah www.maik.gov.my

MAINS - N/Sembilan www.mains.gov.my

MAIM - Melaka www.maim.gov.my

MAIJ - Johor www.maij.gov.my

MUIS - Singapura www.muis.gov.sg

KHEU - Brunei www.religious-affairs.gov.bn/

JAHEAIK - Kelantan www.jaheaik.kelantan.gov.my

MAIAMP - Perak www.maiamp.gov.my

MAUIB - Brunei www.muib.gov.bn
 
Hari ini 8465 visitors (13975 hits) keseluruhan
ZAKAT 1 MALAYSIA WAJIBKAH This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free